Home Rasuah Busters Gerakan Jihad Rakyat ajak masyarakat perangi rasuah

Gerakan Jihad Rakyat ajak masyarakat perangi rasuah

0
Gerakan Jihad Rakyat ajak masyarakat perangi rasuah

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama beberapa institusi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekutu akan menganjurkan ‘Gerakan Jihad Rakyat’ bagi mengajak rakyat menangani gejala rasuah secara habis-habisan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MPM, Tun Mohd Hanif Omar berkata, gejala rasuah dilihat semakin ‘ganas’ sehingga memusnahkan kemajuan dan kemakmuran negara.

Justeru, katanya, gerakan dilancarkan pihaknya merupakan satu gerakan nasional bagi menyediakan platform untuk rakyat bertindak secara kolektif untuk menolak pemimpin dan pentadbir yang gila kuasa, membanteras gejala rasuah, bunuh budaya salah guna kuasa dan melumpuhkan gerakan ekonomi hitam.

“Di samping itu, lain-lain misi atau tindakan komplementari kepada misi utama itu akan juga diselang-selikan.

“Ringkasnya, gerakan ini ialah untuk memutihkan negara berdaulat dan bermaruah ini daripada segala bentuk gejala, wabak dan ancaman yang sekian lama mencemarkan imej dan kedaulatannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menghimpunkan beberapa tokoh ternama yang sejak kebelakangan ini giat memperjuangkan usaha membanteras gejala buruk itu.

“Ia juga bertujuan untuk mempromosikan budaya sihat dan mulia dalam kalangan semua. Mereka akan berperanan sebagai ikon untuk sepakat menggerakkan gerakan tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here