Home Rasuah Busters Contohi Presiden Burundi, tegas perangi rasuah, nepotisme

Contohi Presiden Burundi, tegas perangi rasuah, nepotisme

0
Contohi Presiden Burundi, tegas perangi rasuah, nepotisme
Khairul Anuar

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus mencontohi rakan sejawatnya, Presiden Burundi, Évariste Ndayishimiye memerangi rasuah dalam pentadbiran kerajaan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, tindakan Ndayishimiye memberi amaran tegas terhadap pemimpin di Burundi termasuk beliau sendiri supaya tidak mengamalkan rasuah atau nepotisme dalam pentadbirannya perlu dijadikan ikutan.

Khairul Anuar berkata, Ndayishimiye yang berkuasa sejak Jun tahun lalu telah mengisytiharkan perang bagi memerangi rasuah.

“Antara tindakan tegas beliau ialah memecat dan mengarahkan penahanan 40 hakim yang dituduh rasuah.

“Dalam negara pula, sejak Anwar berkuasa beberapa pimpinan politik kerajaan telah dibebaskan dan dilepaskan,” ujarnya.

Beliau turut mempersoal status kes kontroversi ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang sudah lengkap kertas siasatannya namun tiada tindakan sehingga kini.

“Bukan sahaja rasuah perlu ditentang, amalan nepotisme juga perlu ditentang secara serius,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here