Home Koronavirus 237 kes baharu Covid-19, satu kematian direkod

237 kes baharu Covid-19, satu kematian direkod

0
237 kes baharu Covid-19, satu kematian direkod

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara kini meningkat kepada 5,032,904 kes.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 237 kes baharu Covid-19 pada Ahad dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu kini meningkat kepada 5,001,437.

Menurut portal KKMNOW, satu kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan satu kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,954.

Terdapat lapan kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.