Home Rasuah Busters Cegah rasuah sebelum jadi pandemik

Cegah rasuah sebelum jadi pandemik

Cegah rasuah sebelum jadi pandemik
Ahmad Martadha bergambar bersama semua jemputan dan pelajar yang menyertai Kempen Satu Jari Tanpa Rasuah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok pada Selasa.
Ahmad Martadha (empat dari kiri) bersama jemputan lain menunjukkan jari mereka yang telah dicelup dengan dakwat sebagai simbolik Kempen Satu Jari Tanpa Rasuah di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok pada Selasa.

SINTOK – Generasi muda perlu menyokong kempen menolak rasuah bagi membina sebuah negara yang mempunyai masa depan lebih cerah tanpa elemen-elemen rasuah yang boleh merugikan negara.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, pengundi muda perlu memilih calon yang tidak terpalit dengan sebarang isu membabitkan salah laku seperti gejala rasuah pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita tahu isu rasuah dalam negara bukan pandemik iaitu isu yang ditangani secara menyeluruh seperti di beberapa negara lain namun kita perlu menangani isu ini sebelum menjadi satu pandemik.

Isu menentang rasuah perlu disokong tanpa mengira latarbelakang masyarakat kerana kita tidak mahu negara kita terjadi seperti di negara lain yang mana walaupun kaya dengan sumber asli, minyak dan sebagainya tetapi tidak diuruskan dengan baik.

“Kekayaan negara-negara tersebut habis begitu sahaja malah pembangunan, ekonomi dan kestabilan politik terganggu,” katanya semasa berucap merasmikan Kempen Satu Jari Tanpa Rasuah di Universiti Utara Malaysia (UUM), dekat sini pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi Rasuah Busters Kedah, Dr Azhar Kassim dan Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Zawawi Zakaria.

Seramai 350 pelajar UUM mengikuti kempen tersebut yang terdiri daripada ahli kelab Patriot Negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak.

Ahmad Martadha berkata, negara yang bebas rasuah dan mengamalkan integriti tinggi dalam pemerintahannya membuktikan mampu maju walaupun mempunyai sumber asli yang terhad.

**media[1986955]**

“Contohnya negara Jepun dan Korea Selatan, walaupun sumber asli sangat kecil tetapi negara itu diuruskan dengan baik, berhemah dan akhirnya boleh maju.

“Aset-aset, sumber negara kita perlu diuruskan dengan baik maka negara akan bergerak ke hadapan dan inilah yang kita mahukan,” ujar beliau lagi.

Tambahnya, UUM menyambut baik usaha digerakkan oleh pemimpin pelajar di universiti bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rasuah Busters dan akhbar Sinar Harian dalam mendidik generasi muda tentang bahaya najis rasuah.

“Kita melihat inisiatif yang dibuat oleh pemimpin pelajar terdiri daripada generasi muda yang menolak rasuah membuktikan komitmen mereka pada hari ini terhadap isu-isu rasuah adalah sangat penting.

“HEP UUM menekankan berkaitan tentang urustadbir baik dalam kerajaan supaya pemimpin dan negara kita pada masa hadapan bersih daripada amalan-amalan rasuah. Kita bersetuju bahawa rasuah adalah satu penyakit,” kata Ahmad Martadha.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here