Home Koronavirus Covid-19: 2,852 kes baharu, 12 kematian

Covid-19: 2,852 kes baharu, 12 kematian

0
Covid-19: 2,852 kes baharu, 12 kematian
Sebanyak 2,852 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Selasa.

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,852 kes baharu Covid-19 pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,915,009.

Menurut portal KKMNOW, 12 kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan tiada kes melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,566.

Terdapat 97 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 57 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here