Home Rasuah Busters Buang sifat tamak, merdekakan diri daripada budaya rasuah

Buang sifat tamak, merdekakan diri daripada budaya rasuah

0
Buang sifat tamak, merdekakan diri daripada budaya rasuah
Azmahirwani ketika menjadi tetamu undangan Program Kafe Rasuah Busters (RB) sempena Konvoi RB (Timur) pada Khamis.
Azmahirwani turut mengupas isu rasuah ketika menjadi tetamu dalam Kafe Rasuah Busters on the go sempena Konvoi #RasuahBusters ke Kelantan pada Khamis.

SHAH ALAM – Orang ramai perlu sedar dan buang segera sifat tamak harta dan wang dalam hati bagi menjauhkan diri daripada terlibat daripada gejala rasuah.

Penyanyi dikir barat Kelantan, Azmahirwani Nordin atau lebih dikenali sebagai Adik Waniey berkata, pembangunan nilai benci rasuah itu boleh dipupuk dan diterapkan dalam masyarakat menerusi kempen kesedaran termasuk program Sinar Rasuah Busters.

“Pesanan saya, kita kena jaga nafsu (tamak) kita. Maksudnya kalau kita tengok duit (pemberian rasuah) itu, kita sudah tak fikir apa kesan dan akibatnya.

“Bagi saya kempen Rasuah Busters ini patut dibuat supaya rakyat Malaysia sedar bahawa rasuah ini tidak bagus dan boleh membinasakan diri sendiri,” katanya ketika menjadi tetamu undangan Program Kafe Rasuah Busters (RB) sempena Konvoi RB (Timur) di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, menurut Azmahirwani, memandangkan negara akan menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam beberapa hari lagi, rakyat Malaysia boleh mengambil kesempatan tersebut untuk memerdekakan diri mereka daripada budaya rasuah.

Ujarnya, masyarakat boleh menjadikannya sebagai inspirasi bebas dari rasuah sebagaimana rakyat pada zaman dahulu membebaskan diri mereka daripada penjajahan tanah air.

“Kita kena buang segala sifat-sifat tamak kita ini supaya diri kita rasa tenang dan bebas dari rasuah.

“Dengan cara itu barulah kita dapat memerdekakan diri kita,” ujarnya.

Sementara itu, kata Azmahirwani, walaupun sudah terbabit dalam industri muzik negara sejak berumur 19 tahun lagi, namun dia juga tidak terlepas daripada kecaman-kecaman di media sosial.

Bagaimanapun, jelasnya, dia tidak menghiraukan kecaman tersebut sebaliknya menjadikan perkara itu sebagai pembakar semangat dalam hidupnya.

“Pada saya kecaman itu saya lihat sebagai pemberi semangat untuk terus berjuang dalam bidang ini.

“Tidak perlu rasa kecewa dengan kecaman-kecaman. Bagi saya itu perkara biasa,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here