Home Rasuah Busters Apakah usaha SPRM dan JPM dengan Rasuah Busters?

Apakah usaha SPRM dan JPM dengan Rasuah Busters?

0
Apakah usaha SPRM dan JPM dengan Rasuah Busters?

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan usaha-usaha memerangi rasuah di negara ini menerusi gerakan Rasuah Buster.

Beliau berkata, gerakan Rasuah Busters telah mendapat sokongan ratusan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara ini.

“Baru-baru ini terdapat satu gerakan baharu iaitu Rasuah Busters yang telah mendapat sokongan daripada 400 NGO.

“Saya nak tahu apakah usaha yang telah dilakukan oleh SPRM dan JPM dalam libat urus dengan Rasuah Busters supaya inisiatif masyarakat sivil ini boleh dipertingkatkan dengan usaha dan pembaharuan yang setimpal daripada kerajaan dan SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Bajet) 2022 Peringkat Jawatankuasa di sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Gerakan Rasuah Busters dilancarkan ketua pasukan gerakan itu, Datuk Hussamuddin Yaacub pada 16 Januari lalu untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia untuk bersama-sama memerangi dan menghapuskan rasuah.

Kempen tersebut turut mengangkat tema ‘Mak Kata Jangan’ memandangkan ibu merupakan individu cukup istimewa yang mengajar anak untuk menilai perkara baik dan buruk untuk diikuti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here