Home Rasuah Busters Anak muda miliki kesedaran tinggi untuk mengundi

Anak muda miliki kesedaran tinggi untuk mengundi

0
Anak muda miliki kesedaran tinggi untuk mengundi
Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub bergambar bersama tetamu yang hadir pada majlis pelancaran dan sidang media Satu Jari Bebas Rasuah yang diadakan di Kompleks Karangkraf.
Harmandar

SHAH ALAM – Kesedaran untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) khususnya dalam kalangan anak muda sememangnya berada di tahap yang tinggi dengan dibantu pendedahan meluas terhadap pelbagai jenis maklumat.

Ahli Pasukan Teras Rasuah Busters, Professor Harmandar Singh bagaimanapun berkata, golongan pengundi itu dilihat mempunyai kekecewaan terhadap situasi politik yang berlaku di dalam negara.

Sehubungan itu, beliau berkata, adalah penting agar pelaksanaan kempen #SatuJari digerakkan Rasuah Busters bersempena dengan PRU15 bagi memberikan penekanan terhadap keadaan tersebut.

Menurut Harmandar, pihaknya tidak mempunyai masalah sekiranya terdapat mana-mana pihak termasuk golongan muda untuk menggunakan dan mengolah kempen berkenaan mengikut kreativiti masing-masing.

“Untuk kempen ini, kita jangkakan ia akan tersebar dan diolah dengan bermacam cara oleh orang ramai. Jadi kita memang tidak kisah kerana itu adalah ekspresi mereka masing-masing.

“Tapi yang paling penting melalui kempen ini adalah kita mahu katakan kepada mereka agar tolong keluar mengundi untuk membuat perubahan bagi masa depan negara,” katanya.

**media[1948903]**

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran dan Sidang Media #Satu Jari Sempena PRU15 – Satu Jari Bebas Rasuah di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa.

Kempen #SatuJari merupakan inisiatif digerakkan Rasuah Busters bagi membawa mesej mendorong setiap rakyat Malaysia yang layak untuk keluar mengundi dengan memilih calon kepimpinan berintegriti pada PRU15 akan datang.

Dalam pada itu, Harmandar berkata, untuk kempen tersebut, Rasuah Busters memberikan penekanan terhadap penyebaran kandungan maklumat di platform sosial media.

“Kita akan menghasilkan banyak video untuk berikan kesedaran kepada orang ramai berkaitan keperluan mengundi dan memilih calon yang sepatutnya dengan kesemua kandungan dalam bahasa Melayu,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here