Home Koronavirus Covid-19: Enam kematian direkod pada Isnin

Covid-19: Enam kematian direkod pada Isnin

0
Covid-19: Enam kematian direkod pada Isnin
Sebanyak 1,209 kes baharu Covid-19 dengan enam kematian direkodkan pada Isnin.

SHAH ALAM – Enam kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan lima daripadanya merupakan kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNOW, sebanyak 1,209 kes baharu turut dicatatkan dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula sebanyak 23,070 kes dengan 95.4 peratus atau 22,002 daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 1,025 pesakit Covid-19 pula ditempatkan di hospital dengan 43 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, seramai 19 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, KKM memaklumkan sejumlah 2,026 kes sembuh baharu direkod menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada wabak itu sebanyak 4,808,909 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here