Home Koronavirus WHO galak semua negara pantau kesan sampingan vaksin digunakan

WHO galak semua negara pantau kesan sampingan vaksin digunakan

0
WHO galak semua negara pantau kesan sampingan vaksin digunakan

GENOA (Itali) – Semua negara perlu memantau kesan sampingan apa jua jenis vaksin yang digunakan, kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Sputnik.

Sejumlah negara Eropah menangguhkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca sebagai langkah berjaga-jaga selepas laporan mengenai vaksin itu dikatakan memberi kesan sampingan yang teruk, termasuk darah beku.

Agensi Ubat-Ubatan Eropah berkata, buat masa ini belum ada petunjuk jelas mengenai kesan negatif yang dilaporkan itu.

“WHO menggalakkan semua negara untuk terus memantau teliti kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) apa jua vaksin yang digunakan dan melaporkan kes serius AEFI ke pangkalan data pengawasan AEFI global,” kata jurucakap itu pada Khamis.

Jawatankuasa Penasihat Global WHO untuk Keselamatan Vaksin (GACVS) akan mengkaji semua laporan mengenai keselamatan vaksin.

“GACVS juga akan menasihati WHO mengenai sebarang isu keselamatan atau kebimbangan baharu berkaitan vaksin Covid-19,” kata jurucakap itu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.

Sehingga kini, lebih 118.34 juta orang dijangkiti di seluruh dunia, dengan lebih 2.62 juta kematian, menurut Johns Hopkins University. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here