Home Koronavirus Waspada penularan Covid-19 sempena Aidiladha

Waspada penularan Covid-19 sempena Aidiladha

Waspada penularan Covid-19 sempena Aidiladha

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa orang ramai terus berwaspada terhadap penularan Covid-19 menjelang sambutan Aidiladha, Ahad ini.

Menurutnya, pada sambutan Aidilfitri yang lalu menyaksikan kes harian Covid-19 melonjak kepada 3,410 pada 12 Mei antaranya berpunca daripada peningkatan kadar pergerakan dalam masyarakat dan aktiviti perkumpulan ramai.

“Jadi teruskan berwaspada apabila pergi menziarah ahli keluarga,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Beliau berkata, penilaian dan pengurusan kendiri Covid-19 iaitu uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan rawatan (TRIIS) perlu diteruskan.

“Pakai pelitup muka apabila di kawasan tertutup dan sesak, amalkan #TRIIS serta lakukan ujian kendiri sebelum balik kampung,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here