Home Koronavirus Warga tani positif Covid-19 terima bantuan ‘one off’ RM500

Warga tani positif Covid-19 terima bantuan ‘one off’ RM500

0
Warga tani positif Covid-19 terima bantuan ‘one off’ RM500

KUALA TERENGGANU – Warga tani dalam sektor pertanian, penternakan dan perikanan yang positif Covid-19 akan menerima bantuan RM500 secara ‘one off’.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, setakat ini seramai 60 individu yang berkecimpung dalam sektor itu di Terengganu direkodkan positif Covid-19.

“Kerajaan negeri memandang serius isu penularan Covid-19 dalam kalangan warga tani kerana majoriti rakyat negeri ini berkecimpung dalam sektor ini dan semuanya bergantung nasib daripada hasil pertanian untuk menyara hidup.

“Apabila disahkan positif, mereka perlu dirawat dan dikuarantin. Keadaan ini menjejaskan pendapatan golongan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Azman berkata, sumbangan itu diharap memberi suntikan semangat kepada kumpulan warga tani.

“Bantuan ini akan disalurkan dalam tempoh terdekat dan jabatan berkaitan kini sedang mengumpul maklumat berkaitan penerima dari setiap daerah bagi memastikan tiada seorang penerima yang tercicir,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here