Home Koronavirus Warga emas hadiri majlis perkahwinan cetus Kluster Kampung Weston

Warga emas hadiri majlis perkahwinan cetus Kluster Kampung Weston

0
Warga emas hadiri majlis perkahwinan cetus Kluster Kampung Weston

KOTA KINABALU – Seorang warga emas yang menghadiri majlis perkahwinan di dua kampung dalam Daerah Beaufort didapati mencetuskan satu kluster komuniti iaitu Kluster Kampung Weston.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks merupakan lelaki berusia 66 tahun yang hadir ke majlis perkahwinan di Kampung Lubok dan Kampung Menengah Weston pada 29 dan 30 Januari lepas.

“Kluster jenis komuniti yang melibatkan Daerah Beaufort dan Penampang dikesan selepas kes indeks bergejala demam, batuk dan sakit badan sejak 30 Jan sebelum disahkan positif Covid-19 pada 3 Feb melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Penampang,” katanya menerusi satu kenyataan di sini malam Sabtu

Masidi berkata, saringan terhadap 37 kontak rapat mendapati tiga kes kontak serumah dikesan positif menjadikan kumulatif bagi kluster ini adalah 27 kes termasuk 22 kes baharu yang dilaporkan hari ini dan kesemua kes telah diasingkan untuk diberikan rawatan selanjutnya.

Dalam pada itu, kes positif baharu Covid-19 di Sabah pada Sabtu kembali melonjak kepada empat angka apabila mencatatkan sebanyak 1,205 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 251,645 kes.

Empat kes kematian dilaporkan iaitu masing-masing satu kes di Daerah Sandakan, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Tawau. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here