Home Koronavirus Covid-19: Sarawak rekod trend peningkatan kes harian

Covid-19: Sarawak rekod trend peningkatan kes harian

0
Covid-19: Sarawak rekod trend peningkatan kes harian

KUCHING – Sarawak merekodkan trend peningkatan kes harian Covid-19 selepas mencatat 42 jangkitan pada Sabtu berbanding 22 kes pada Jumaat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, kesemua kes yang dilaporkan pada Sabtu merupakan jangkitan tiada gejala dan mempunyai gejala ringan.

Pada 1 Februari lepas, Sarawak hanya merekodkan 17 kes harian dan jumlah itu meningkat kepada 21 pada 2 Februari dan 20 pada 3 Februari.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sarawak kini mencecah 252,945. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here