Home Koronavirus Wajibkan dos penggalak tindakan tergesa-gesa: Pemuda Pas

Wajibkan dos penggalak tindakan tergesa-gesa: Pemuda Pas

0
Wajibkan dos penggalak tindakan tergesa-gesa: Pemuda Pas

SHAH ALAM – Peraturan mewajibkan dos penggalak untuk masuk ke masjid seluruh Selangor merupakan satu tindakan yang dianggap tergesa-gesa.

Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penilaian semula perlu dibuat memandangkan ia bukan peraturan atau nasihat diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Memperkenalkan peraturan ‘wajib booster’ untuk masuk masjid ialah peraturan yang agak tergesa-gesa. Sangatlah dimohon agar dibuat penilaian semula.

“Adakah wujud nasihat dari KKM sebelum peraturan ini diperkenalkan? Wujudkah kajian risiko dan sebagainya?

“Kita hargai peranan pihak berkuasa agama selama ini, namun dalam hal ini ia agak meresahkan,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya pada Sabtu.

Media melaporkan, bermula 25 Februari, hanya jemaah lengkap dua dos vaksin dan dos penggalak, dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat di masjid seluruh Selangor.

Itu berikutan ketetapan terkini yang diedarkan secara dalaman oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pengurusan masjid, surau dan musala negeri itu.

Langkah itu sejajar arahan mempertingkatkan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di masjid, surau dan musala di Selangor dalam usaha mengawal penularan pandemik Covid-19.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berharap agar luahan umat Islam yang terhalang daripada bersolat di masjid ini dapat didengar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here