Home Koronavirus Virus tak bergerak, manusia yang bergerak – KP Kesihatan

Virus tak bergerak, manusia yang bergerak – KP Kesihatan

Virus tak bergerak, manusia yang bergerak – KP Kesihatan

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merayu rakyat mengamalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kendiri dan keluarga bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 kerana virus tidak dapat bergerak jika manusia tidak bergerak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, rakyat boleh membantu KKM untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan wabak itu dengan duduk di rumah.

Katanya, sekiranya rakyat hanya duduk di rumah dan tidak berlaku pergerakan atau perhimpunan maka kadar jangkitan boleh dikurangkan.

“Yang bergerak ialah manusia, yang berhimpun ialah manusia tetapi virus tidak bergerak, virus tidak berhimpun. Manusia yang berhimpun, manusia yang bergerak.

“Virus menjangkiti dan apabila menjangkiti, virus akan membiak di dalam paru-paru kita dan kalau banyak pembiakan berlaku, ia boleh menjangkiti dan berlakulah mutasi,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here