Home Koronavirus Katil ICU Lembah Klang cecah 113 peratus: Dr Noor Hisham

Katil ICU Lembah Klang cecah 113 peratus: Dr Noor Hisham

0
Katil ICU Lembah Klang cecah 113 peratus: Dr Noor Hisham

SHAH ALAM- Kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya telah mencecah sehingga 113 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pula mencecah 117 peratus kadar penggunaan katil ICU Covid-19.

“Keadaan di HTAR penuh sesak dengan pesakit kritikal Covid-19. Wad-wad biasa juga digunakan untuk merawat pesakit-pesakit ini kerana kadar penggunaan sudah melebihi 100 peratus.

“Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini terpaksa menukar fungsi lain-lain kawasan di dalam hospital seperti wad biasa untuk dijadikan ICU sementara dengan melengkapkan katil-katil dengan peralatan perubatan tertentu,” katanya pada satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Pada Jumaat, kadar penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 di seluruh negara secara keseluruhannya mencapai 91 peratus.

Dr Noor Hisham berkata, di Lembah Klang angka tersebut telah mencecah 113 peratus.

Menurut beliau, virus Covid-19 berada di dalam komuniti, oleh itu masyarakat digesa patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.

“Bantu KKM dengan PKP secara kendiri untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19. Jangan tunggu lagi. Kita jaga kita,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here