Home Koronavirus Varian Lambda dikesan di Bangladesh

Varian Lambda dikesan di Bangladesh

0
Varian Lambda dikesan di Bangladesh

DHAKA – Bangladesh telah mengesan kehadiran varian Lambda yang dijumpai dalam sampel seorang wanita berusia 49 tahun di Dhaka.

“Varian baharu itu dikenal pasti dari sampel jujukan genom yang diperoleh Majlis Penyelidikan Saintifik dan Industri Bangladesh (BCSIR) dan Universiti Jahangirnagar pada Mac.

“Kami kemudian menyerahkan laporan itu kepada Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID) Jerman untuk kajian lanjut dan hasil keputusan ujian adalah sama,” kata pegawai saintifik BCSIR, Salim Khan, kepada Agensi Anadolu.

Varian Lambda dipercayai berasal dari Peru dan menyumbang hampir 81 peratus kes di negara itu.

Bangladesh pada Isnin merekodkan 174 lagi kematian dan 6,959 kes jangkitan akibat Covid-19, menjadikan jumlah korban terkini mencecah 24,349 dan kes keseluruhan 1,425,861, menurut Direktorat Perkhidmatan Kesihatan Awam (DGHS). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here