Home Koronavirus Tiada varian Lambda dikesan di Malaysia

Tiada varian Lambda dikesan di Malaysia

Tiada varian Lambda dikesan di Malaysia

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan varian Lambda dikesan di Malaysia.

Menurutnya, kajian penjujukan genom penuh yang dijalankan makmal mendapati 43 sampel merupakan varian Delta yang kini menjadi dominan.

“Setakat ini tiada varian Lambda dikesan di negara kita,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan seorang pengguna akaun Twitter bahawa varian itu telah muncul di negara ini.

Varian Lambda yang dikenali sebagai C.37, pertama kali dikesan di Peru dan telah mengakibatkan jangkitan lebih 80 peratus kes di negara itu.

Lambda dipercayai lebih mudah menular berbanding varian Gamma dan Alpha selain lebih berupaya melawan antibodi yang dihasilkan oleh vaksin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here