Home Koronavirus Varian Delta: Beri perhatian aspek pengudaraan di tempat kerja

Varian Delta: Beri perhatian aspek pengudaraan di tempat kerja

0
Varian Delta: Beri perhatian aspek pengudaraan di tempat kerja

KUALA LUMPUR – Majikan digesa memberi perhatian kepada aspek pengudaraan di pejabat bagi mengurangkan risiko jangkitan virus Covid-19 di tempat kerja.

Ini kerana, menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, varian terbaharu Covid-19 didapati merebak melalui udara.

“Kita tak boleh bergantung kepada satu strategi saja untuk mengendalikan pandemik yang disebabkan oleh varian Delta yang baharu ini.

“Kalau boleh, mesti memperkukuhkan lagi pematuhan kita kepada prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan-peraturan yang telah kita sarankan.

“Itu nombor satu. SOP yang saya maksudkan adalah, kita mesti sekarang lebih berjaga-jaga lagi di luar sana walaupun kita sudah divaksinasi.

“Kerana, imunisasi kelompok kita masih belum di tahap yang diharapkan. Jadi, apabila di luar, masih boleh dijangkiti.

“Sebab itu, pemakaian pelitup muka itu penting dan kita masih kena jaga physical distancing, jaga jarak dan sebagainya.

Perkara itu, katanya, perlu ditekankan juga di kilang dan di kawasan yang sempit dan sebagainya.

“Kita sarankan juga majikan dan tempat-tempat kerja untuk melihat cara ventilasi di tempat kerja mereka supaya pengudaraan itu dapat diperbaiki.

“Sebab, ini merupakan satu langkah yang dapat mengurangkan kadar kebolehjangkitan varian Delta yang sedang kita hadapi sekarang ini.

“Jadi, pelbagai kaedah mesti kita gunakan untuk menghadapi varian Delta ini,” tambahnya. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here