Home Koronavirus Melaka ke fasa dua PPN akhir bulan ini

Melaka ke fasa dua PPN akhir bulan ini

0
Melaka ke fasa dua PPN akhir bulan ini

MELAKA – Melaka akan beralih kepada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) jika suntikan lengkap dua dos vaksin melepasi 50 peratus penduduk dewasa akhir bulan ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini Melaka masih berada pada fasa satu PPN berikutan kadar suntikan vaksin dos kedua golongan itu baru mencecah 35.3 peratus berbanding suntikan dos pertama mencapai 62. 6 peratus iaitu melepasi 50 peratus.

Menurutnya, Melaka memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus lagi penerima vaksin dos kedua untuk dicapai dalam tempoh dua minggu ini sebelum layak ke fasa dua.

“Ia tidak mustahil kerana negeri ini dijangka menerima bekalan vaksin tambahan bulan ini,” katanya, ketika program mengagihkan ubi kepada penduduk terkesan Covid-19 di Kampung Bukit Nibong, Paya Dalam di sini pada Selasa.

Selain itu katanya, keputusan sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Isnin lalu turut memutuskan indikator nilai ambang bagi peralihan fasa PPN Melaka berpandukan kes pesakit Covid-19 kategori tiga, empat dan lima yang menerima rawatan di hospital mesti berada diparas bawah 12.2 peratus kes.

“Dengan perubahan indikator nilai ambang itu kita (Melaka) tidak lagi berpandukan kepada kes di unit rawatan rapi (ICU) dan kes harian.

“Dalam tempoh seminggu, kita telah merekodkan 6.1 kes yang melepasi syarat di bawah paras 12.2 kes cuma belum melepasi syarat vaksin lengkap dua dos,” katanya.

Jelas beliau, dengan penukaran indikator itu akan memberi peluang kepada rakyat menikmati kemudahan sosial yang diberikan kerajaan pada hujung bulan ini termasuk merentas daerah dan makan di kedai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here