SHAH ALAM – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) menerima 98,166 permohonan daripada ibu hamil untuk vaksinasi, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, janji temu akan dikeluarkan secara berperingkat mengikut jangkaan tarikh bersalin.
Dalam pada itu, beliau berkata, CITF meluluskan 5,621 permohonan vaksinasi bagi pelajar yang menyambung pengajian ke luar negara
“Purata pemberian vaksin sepanjang minggu lepas meningkat dengan jumlah 189,329 berbanding minggu sebelumnya 130,842.
“Warga emas akan terus diletak dalam senarai keutamaan untuk suntikan vaksin sebaik mereka berdaftar.,” katanya
AKAN MENYUSUL