Home Koronavirus Malaysia bangunkan vaksin Covid-19

Malaysia bangunkan vaksin Covid-19

Malaysia bangunkan vaksin Covid-19

PUTRAJAYA – Malaysia telah membangunkan vaksin Covid-19 dengan menggunakan vaksin mRNA (messenger asid ribonukleik).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pembangunan vaksin itu bermula November 2020 oleh Institut Kajian Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Status projek adalah di peringkat pengklonan yang merangkumi virus asal dan SARS-CoV-2,” katanya dalam sidang akhbar minggu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, proses pembangunan ujian keberkesanan terhadap haiwan kecil dan besar sedang dilaksanakan.

“Kita jangka ujian klinikal terhadap manusia memerlukan masa sehingga tiga bulan lagi,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here