Home Koronavirus Vaksin walk-in hanya untuk remaja tidak bersekolah

Vaksin walk-in hanya untuk remaja tidak bersekolah

Vaksin walk-in hanya untuk remaja tidak bersekolah

PUTRAJAYA – Pemberian vaksinasi remaja secara ‘walk-in’ hanya dibenarkan untuk mereka yang tidak bersekolah, sedang belajar di institut pengajian tinggi (IPT) dan ‘home schooling’.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak perlu bergegas ke pusat pemberian vaksin (PPV) bersama anak mereka untuk vaksinasi kerana jadual janji temu vaksinasi remaja dibuat dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Pendidikan Daerah terlebih awal.

“Seterusnya, pihak pengurusan sekolah melalui guru akan memaklumkan jadual vaksinasi mengikut giliran sekolah kepada ibu, bapa atau penjaga,” katanya.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here