Home Koronavirus Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik

Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik

0
Vaksin kanak-kanak penting untuk fasa peralihan ke endemik

KUALA LUMPUR – Pengambilan vaksin Covid-19 amat penting bagi kalangan kanak-kanak yang berumur lima hingga 11 tahun terutamanya semasa negara akan memulakan fasa peralihan ke endemik 1 April depan, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM menerusi catatan di akaun Facebook rasminya pada Sabtu berkata, kanak-kanak kini merupakan golongan yang lebih berisiko mendapat jangkitan Covid-19.

Menurutnya, ini memandangkan mereka yang berumur 11 tahun dan ke bawah belum mendapat perlindungan sewajarnya berbanding dengan kumpulan umur lebih tinggi yang telah mendapat vaksinasi.

“Kadar kemasukan kanak-kanak ke wad PICU (Unit Rawatan Rapi Pediatrik) akibat Covid-19 meningkat sebanyak 94 peratus untuk kesemua kategori tiga hingga lima, dengan peningkatan ketara untuk kategori empat sebanyak 200 peratus, diikuti kategori lima sebanyak 125 peratus,” menurut kenyataan itu.

Justeru KKM sekali lagi menasihatkan ibu bapa untuk mengambil vaksin untuk anak-anak bagi melindungi mereka daripada varian Omicron yang boleh membawa maut dari jangkitan Covid-19 dan komplikasinya iaitu Multi System Inflammatory Syndrome in Children atau MIS-C. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here