Home Koronavirus Vaksin Covid-19: Sarawak buka daftar melalui pejabat daerah, klinik

Vaksin Covid-19: Sarawak buka daftar melalui pejabat daerah, klinik

0
Vaksin Covid-19: Sarawak buka daftar melalui pejabat daerah, klinik

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak pada Ahad menjelaskan bahawa pendaftaran bagi mendapatkan vaksin Covid-19 bagi seluruh rakyat Malaysia di Sarawak boleh dibuat di pejabat daerah dan klinik kesihatan buat masa ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera juga boleh dilakukan apabila tersedia.

“Agensi kerajaan negeri mendahului proses pendaftaran. Kami menyasar untuk mencapai semua yang layak dan yang tidak menggunakan MySejahtera.

“Ketua kampung dan Tuai Rumah sudah bekerjasama dengan pejabat daerah dan klinik mengenai proses tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Uggah mengumumkan pendaftaran vaksin Covid-19 kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang tinggal di Sarawak. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here