Home Koronavirus DHL berjaya hantar kumpulan pertama vaksin Covid-19 ke Malaysia

DHL berjaya hantar kumpulan pertama vaksin Covid-19 ke Malaysia

0
DHL berjaya hantar kumpulan pertama vaksin Covid-19 ke Malaysia

KUALA LUMPUR – DHL Express telah berjaya menghantar kumpulan pertama vaksin Covid-19 ke Malaysia.

Penyedia perkhidmatan ekspres itu berkata, perancangan dan pengujian yang teliti telah dilakukan bagi memastikan rantaian bekalan menyokong keperluan suhu yang ketat terhadap vaksin.

“Dalam tempoh tiga hari, DHL Express telah bekerjasama dengan anak syarikat kargo Malaysia Aviation Group, MABkargo Sdn Bhd untuk menerbangkan vaksin berkenaan dan kemudian mengatur agar ia dihantar terus ke kemudahan yang ditentukan di seluruh Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ia berkata, antara cabaran utama yang dihadapi dalam penghantaran vaksin Covid-19 adalah syarat suhu vaksin yang ketat.

Vaksin itu dihantar dalam pembungkusan penghantar termal yang direka, yang telah disesuaikan oleh pengeluar.

Setiap pengiriman dibungkus dengan ais kering untuk mengawal suhu, membolehkan ia digunakan di lokasi yang tidak memiliki infrastruktur fizikal bagi mengekalkan suhu yang diperlukan.

Penjejak suhu yang dilengkapi teknologi GPS canggih turut dibungkus dalam setiap kotak pengirim termal untuk memberikan penglihatan sepenuhnya sepanjang perjalanan penghantaran.

Ketua Pegawai Eksekutif DHL Express Asia Pasifik, Ken Lee berkata: “Kami mahu memastikan DHL Medical Express kami yang mantap ini mematuhi syarat-syarat kepantasan, kualiti, keselamatan dan kebolehpercayaan yang ketat ketika mengangkut kargo berharga ini. “

Sementara itu, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei Julian Neo berkata, ketika Covid-19 terus merosakkan nyawa dan kehidupan, vaksin itu memberi harapan untuk 2021 yang lebih baik. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here