Home Koronavirus Vaksin Covaxin diluluskan untuk kegunaan bencana

Vaksin Covaxin diluluskan untuk kegunaan bencana

0
Vaksin Covaxin diluluskan untuk kegunaan bencana

SHAH ALAM – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-369 yang bersidang pada Khamis, bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk vaksin Covid-19 iaitu Covaxin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Covaxin merupakan vaksin yang diguna untuk imunisasi aktif bagi mencegah Covid-19 disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit-risk balance) bagi vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar beliau, pemegang pendaftaran bagi produk berkenaan adalah Averroes Pharmaceuticals Sdn. Bhd manakala pengilang Covaxin pula ialah Bharat Biotech International Limited, India.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada vaksin bagi tujuan pencegahan penularan Covid-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here