Home Koronavirus Vaksin China bantu Pakistan hadapi gelombang ketiga Covid-19

Vaksin China bantu Pakistan hadapi gelombang ketiga Covid-19

0
Vaksin China bantu Pakistan hadapi gelombang ketiga Covid-19

ISLAMABAD – Pakistan menyifatkan bekalan kumpulan ketiga vaksin yang disumbangkan China sangat penting dalam usaha negara ini menangani cabaran gelombang ketiga penularan wabak -19.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Omar Ayub Khan berkata, vaksin buatan China amat berkesan dalam mencegah jangkitan selain dapat meningkatkan imuniti tubuh badan.

“Vaksin China menunjukkan tahap keberkesanan dan keselamatan yang memuaskan, sekali gus menjadikannya antara yang terbaik di dunia.

“China yang dahulunya lebih terkenal dengan teknologi kejuruteraan kini memperlihatkan kemajuannya dalam bidang biokimia dan penghasilan vaksin,” katanya pada majlis menyambut ketibaan vaksin tersebut, di sini pada Isnin.

Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan atas bantuan kerajaan China dalam pemerolehan vaksin tersebut.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu Duta China ke Pakistan, Nong Rong.

Menurut beliau, Pakistan merupakan negara pertama yang menerima jumlah paling banyak vaksin sumbangan China.

“Ini mencerminkan hubungan kukuh kedua-dua negara dan China akan terus menghulurkan bantuan kepada Pakistan dalam memerangi wabak,” ujarnya.

Pakistan kini dilanda gelombang ketiga penularan wabak, dengan lonjakan kes harian sebanyak 5,000, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan melepasi 800,000. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here