Home Koronavirus Lebih 65,000 daftar untuk vaksin Covid-19 di Perlis

Lebih 65,000 daftar untuk vaksin Covid-19 di Perlis

0
Lebih 65,000 daftar untuk vaksin Covid-19 di Perlis

KANGAR – Seramai 65,849 orang atau 35 peratus daripada penduduk berumur 18 tahun ke atas telah berdaftar untuk menerima vaksin Covid-19 di Perlis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu, seramai 23,550 terdiri daripada warga emas, pesakit kronik dan Orang Kurang Upaya (OKU) telah berdaftar untuk fasa kedua.

“Sebanyak 17,622 temu janji telah dihantar setakat hari ini (Selasa),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020 dekat sini pada Selasa.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, mengambil kira kegusaran rakyat mengenai vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca yang akan digunakan dalam proses vaksinasi, kerajaan akan mengadakan perbincangan lanjut mengenainya.

Khairy berkata, beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba akan berbincang mengenai perkara itu petang ini dan keputusan mengenainya akan diumumkan esok.

“Saya perlu mengambil kira pandangan rakyat yang gusar, kita tidak mahu vaksin ini menggugat program imunisasi,” katanya.

Pada Isnin Dr Adham berkata, vaksin AstraZeneca adalah selamat dan akan digunakan dalam proses vaksinasi golongan berusia 60 tahun ke atas dalam Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang telah bermula pada 19 April lepas untuk golongan warga emas dan mereka yang mempunyai komorbiditi. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here