Home Koronavirus Ubat, lampin, susu bayi dibenar hantar ke PKRC MAEPS

Ubat, lampin, susu bayi dibenar hantar ke PKRC MAEPS

0
Ubat, lampin, susu bayi dibenar hantar ke PKRC MAEPS

SERDANG – Waris hanya boleh menghantar ubat-ubatan untuk penyakit kronik, lampin pakai buang bayi dan dewasa serta susu bayi kepada pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Bersepadu di MAEPS Serdang 2.0 di sini.

Pengarah PKRC MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat melalui Mesyuarat Penyelarasan Pengaktifan MAEPS 2.0 Bilangan 59/2021 pada Jumaat.

Menurutnya, waris yang ingin menghantar barangan tersebut perlu mengisi borang menerusi aplikasi Google Form di pautan pada di laman sesawang PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 iaitu https://docs.google.com/form/d/e/1FAIpQLSdYlP8jKUt8iX8Rd19kNQYYsacw1BZk0OuLAVeELt4VOLljAQ/viewform?usp=sf_link

“Pesakit yang dirujuk ke PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 perlu membawa kelengkapan tersebut sebelum ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

“Senarai barangan keperluan yang perlu dibawa antaranya adalah pakaian yang selesa untuk minimum 10 hari, tuala dan kelengkapan mandian. Senarai penuh boleh disemak di laman sesawang www.pkrcmaeps.gov.my.

“Semua barangan yang dibawa adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan pihak PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kehilangan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here