Home Koronavirus Ubah suai van pelancong jadi ambulans, bantu hal kecemasan Covid-19

Ubah suai van pelancong jadi ambulans, bantu hal kecemasan Covid-19

0
Ubah suai van pelancong jadi ambulans, bantu hal kecemasan Covid-19

SERDANG – Kira-kira 100 van pelancong akan diubah suai menjadi ambulans bagi membantu kes-kes kecemasan membabitkan Covid-19 terutama di Lembah Klang, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, langkah dirancang di bawah Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley itu susulan situasi semasa pandemik Covid-19 negara, selain aduan kelewatan ambulans untuk mengambil pesakit di rumah yang mengalami situasi seperti sesak nafas dan memerlukan rawatan segera.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, inisiatif itu juga adalah bagi membantu pengusaha van pelancongan yang terkesan akibat kawalan pergerakan ketika ini yang tidak membenarkan aktiviti rentas negeri, sehingga menyebabkan industri pelancongan turut terjejas.

“Kita akan convertkan (tukar) van biasa menjadi ambulans dan kita akan berbincang dengan MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) kerana kita tahu van-van pelancong tidak lagi digunakan buat masa kini kerana pelancongan belum lagi dibuka sepenuhnya kerana masih lagi tiada rentas negeri…jadi pelancongan terkesan begitu teruk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Kuarantin & Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 di sini pada Jumaat.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here