Home Koronavirus Tujuh negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus

Tujuh negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus

0
Tujuh negeri catat penggunaan katil ICU melebihi 50 peratus

SHAH ALAM – Tujuh negeri mencatatkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19 melebihi 50 peratus dengan Kelantan tertinggi iaitu 79 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil ICU kedua tertinggi ialah Kuala Lumpur (73 peratus), Johor (68 peratus), Putrajaya (67 peratus) Selangor (66 peratus), Pulau Pinang (51 peratus) dan Perak (51 peratus).

“Bagi katil bukan ICU, terdapat tujuh negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 80 peratus iaitu di Selangor sebanyak 100 peratus, Perlis (95 peratus), Putrajaya (96 peratus), Perak (87 peratus), Kuala Lumpur (87 peratus), Terengganu (86 peratus) dan Sarawak (80 peratus).

“Pengisian katil di Kelantan pula merekodkan 77 peratus, Melaka (69 peratus), Pulau Pinang (61 peratus), Johor (61 peratus) dan Pahang 59 peratus,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 225 orang dengan peratusan penggunaan adalah 25 peratus.

“KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes Covid-19 ke hospital berbanding kes kategori satu hingga lima yang baharu didiagnos pada setiap hari.

“Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti Covid-19.

“Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes Covid-19 berisiko tinggi dari kategori satu dan dua yang memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),” katanya.

Mengulas perkara sama, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 734 kes dimasukkan ke hospital dengan kategori tiga, empat dan lima manakala bagi kategori satu dan dua sebanyak 1,195 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here