Home Koronavirus Kerajaan teliti keperluan kaji semula harga siling kit ujian Covid-19

Kerajaan teliti keperluan kaji semula harga siling kit ujian Covid-19

0
Kerajaan teliti keperluan kaji semula harga siling kit ujian Covid-19

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti keperluan mengkaji semula harga siling untuk Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Kit Ujian Kendiri) di pasaran yang dilihat antara barang keperluan rakyat ketika ini, Dewan Rakyat diberitahu pada Khamis.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan mewartakan Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan 2021 pada 24 November tahun lalu dan telah dikuatkuasakan pada 1 Disember bagi memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

“Kerajaan sentiasa mengambil kira keperluan dan kepentingan pengguna terutama dari aspek kecukupan bekalan di pasaran serta mendapatkan harga pelitup muka dan kit ujan kendiri pada harga yang tidak membebankan.

“Sehubungan itu, penguatkuasaan, pemeriksaan dan pemantauan oleh Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) sentiasa dilakukan ke atas item berkaitan di setiap peringkat seperti pengilang, pemborong dan peniaga,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai adakah kementerian akan mengkaji semula dan mengurangkan harga siling pelitup muka serta kit ujian kendiri Covid-19, seterusnya menetapkan harga siling oximeter dan penyukat suhu yang menjadi barangan keperluan ketika ini. – Bernama

(MENYUSUL)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here