Home Koronavirus Tujuh kanak-kanak maut akibat kesan serius Covid-19

Tujuh kanak-kanak maut akibat kesan serius Covid-19

0
Tujuh kanak-kanak maut akibat kesan serius Covid-19

SHAH ALAM – Seramai tujuh kanak-kanak dilaporkan maut selepas mengalami sindrom keradangan pelbagai sistem (MIS-C) iaitu salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu adalah daripada 174 kes MIS-C yang dikenal pasti oleh MIS-C Malaysia Study Group.

Menurutnya, sebanyak 57 peratus daripada keseluruhan kes adalah dalam dalam kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun.

“MIS-C adalah salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.

“Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.

“Sejumlah besar daripada kanak-kanak ini memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). Tujuh kes telah disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar mendapatkan vaksin Covid-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera.

“Vaksin Comirnaty untuk kanak-kanak ini menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur tersebut,” katanya.

Kajian Multi-System Inflammatory Syndrome Covid-19 (MIS-C) Malaysia Study Group mendapati sebanyak 174 kes telah dikenalpasti di Malaysia dan 57% daripada keseluruhan kes adalah di dalam kalangan kanak-kanak berumur 5-11 tahun. pic.twitter.com/BV7vEyfb2I

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 19, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here