Home Koronavirus ‘Total lockdown’: Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenar beroperasi

‘Total lockdown’: Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenar beroperasi

0
‘Total lockdown’: Hanya 17 sektor perkhidmatan perlu dibenar beroperasi

KUALA LUMPUR – Semua aktiviti ekonomi dan sosial tidak dibenarkan kecuali 17 sektor ‘essential services’ (perkhidmatan perlu) termasuk penjagaan kesihatan, bank, penjagaan kesihatan, perkhidmatan kurier semasa tempoh pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian pada sidang akhbar khas sebentar tadi.

Menurutnya, kompleks beli-belah juga ditutup kecuali premis pasar raya, pasar raya besar dan bahagian seksyen makanan dan minuman, serta keperluan asas.

Pada Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri berkata, menerusi ‘total lockdown’ itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here