Home Koronavirus Tiga lagi lokaliti di Sabah, satu di Temerloh, Pahang dikenakan PKPD

Tiga lagi lokaliti di Sabah, satu di Temerloh, Pahang dikenakan PKPD

0
Tiga lagi lokaliti di Sabah, satu di Temerloh, Pahang dikenakan PKPD

KUALA LUMPUR – Tiga lagi lokaliti di Sabah dan satu di Temerloh, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 April hingga 27 April ini bagi menyekat penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dilaksanakan di Flat Sim-Sim, Mukim Berhala dan Kampung Sungai Obar, Batu 7, Mukim Sentosa, daerah Sandakan dan Taman Villa Mas, Tawau, Sabah.

“Kerajaan hari ini juga bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Kampung Melangkap Tomis, Kota Belud, Sabah bermula 14 April sehingga 27 April 2021.

“Selain itu, empat perkampungan di daerah Temerloh, Pahang dikenakan PKPD bermula tarikh sama,” katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD itu dilakukan setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta atas nasihat KKM yang mengesahkan berlaku penularan jangkitan virus itu di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here