KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga perkampungan di Mukim Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan bermula 9 hingga 22 Mei ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Sementara itu, PKPD di Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan ditamatkan hari ini.
PKPD di Kampung Muhibbah Raya, Tawau, Sabah turut ditamatkan bermula esok.
AKAN MENYUSUL