Home Koronavirus Tiga hari berturut, tiada lokaliti baharu PKPD

Tiga hari berturut, tiada lokaliti baharu PKPD

0
Tiga hari berturut, tiada lokaliti baharu PKPD

KUALA LUMPUR- Buat kali ketiga berturut-turut, tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, memaklumkan tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD, hari ini.

“Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, kes sembuh Covid-19 terus mengatasi kes baharu apabila sebanyak 7,297 kes sembuh dicatatkan pada Jumaat berbanding 6,060 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, jumlah kumulatif kes sembuh negara kini mencecah 2,361,919 atau 96 peratus berbanding jumlah kumulatif kes baharu 2,460,809.

“Sebanyak 5,955 kes atau 98.3 peratus daripada 6,060 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini dalam kategori satu dan dua. Sebanyak 105 kes atau 1.7 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima,” katanya.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here