Home bajet2022 Sarawak boleh belanja RM1 bilion sebulan untuk pembangunan

Sarawak boleh belanja RM1 bilion sebulan untuk pembangunan

0
Sarawak boleh belanja RM1 bilion sebulan untuk pembangunan

LAWAS – Sarawak mampu membelanjakan kira-kira RM1 bilion sebulan bagi menyokong usaha pembangunan di negeri itu tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, suntikan dana RM4.6 bilion yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2022 semalam meningkatkan jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan Sarawak kepada hampir RM11 bilion.

Beliau berkata justeru, kerajaan negeri menyambut baik dan amat menghargai agihan belanjawan itu yang membuktikan keperluan rakyat Sarawak tidak dipinggirkan oleh kerajaan Persekutuan.

“RM4.6 bilion peruntukan Bajet 2022 untuk Sarawak ditambah dengan belanjawan negeri sekitar hampir RM7 bilion untuk pembangunan. Ini bermakna kita boleh belanjakan RM1 bilion sebulan untuk projek pembangunan di Sarawak,” katanya pada majlis pecah tanah projek pembinaan Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) di Batu 2 Jalan Gelugus pada Sabtu.

Abang Johari berkata, peruntukan itu juga merupakan manifestasi keprihatinan kerajaan Persekutuan kepada rakyat di Sarawak selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Ini adalah hasil keamanan dan perpaduan kita. Bila kita ada duit, kita boleh bantu rakyat kita,” katanya. -Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here