Home Koronavirus Tiada peniaga Pasar Kedai Payang mati kerana Covid-19: JKNT

Tiada peniaga Pasar Kedai Payang mati kerana Covid-19: JKNT

0
Tiada peniaga Pasar Kedai Payang mati kerana Covid-19: JKNT

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan berlaku kematian dalam kalangan peniaga Pasar Kedai Payang akibat Covid-19 seperti yang ditularkan di media sosial.

Pengarah JKNT, Datuk Dr Kasemani Embong bagaimanapun mengesahkan terdapat jangkitan Covid-19 membabitkan peniaga pasar berkenaan.

Menurutnya, seramai 36 daripada 1,000 peniaga pasar itu atau 3.6 peratus dijangkiti Covid-19 sejak 31 Oktober hingga 13 November lalu.

“Kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Seorang daripada mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seorang lagi dirawat di wad Covid-19.

“Kedua-dua pesakit itu dibenarkan pulang manakala semua kontak rapat telah dikenal pasti dan dikuarantin,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, Dr Kasemani meminta orang ramai supaya tidak menularkan sebarang berita tidak sahih bagi mengelakkan kebimbangan dan kekeliruan masyarakat.

“JKNT akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya bagi mengelakkan penularan Covid-19,” katanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai dakwaan mengatakan ramai peniaga Pasar Kedai Payang dijangkiti Covid-19 dengan beberapa pesakit meninggal dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here