Home Koronavirus Tiada kematian akibat Covid-19 pada Jumaat

Tiada kematian akibat Covid-19 pada Jumaat

0
Tiada kematian akibat Covid-19 pada Jumaat

SHAH ALAM – Tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam tempoh 24 jam pada Jumaat.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, keadaan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian hingga 12 tengah malam tadi kekal pada angka 31,952 orang seperti yang dilaporkan pada Khamis.

Bagaimanapun, terdapat 50,030 kes aktif dilaporkan membabitkan kuarantin di rumah sebanyak 43,145 kes, Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 atau PKRC (4,064 kes), hospital (2,694 kes), unit rawatan rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan (57 kes) dan ICU dengan bantuan pernafasan (70 kes).

Ia menjadikan seramai 127 pesakit Covid-19 berada di ICU dengan kadar penggunaan keseluruhan ICU termasuk penggunaan untuk kes bukan Covid-19 sebanyak 55.1 peratus.

Jumlah pesakit yang diwadkan akibat Covid-19 secara harian pula sebanyak 955 kes dengan kadar penggunaan katil yang dikhususkan untuk pesakit wabak itu sebanyak 27.5 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here