Home Koronavirus Suntikan vaksin ketika Ramadan harus

Suntikan vaksin ketika Ramadan harus

0
Suntikan vaksin ketika Ramadan harus

PORT DICKSON – Suntikan vaksin Covid-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan perkara itu dua bulan lepas.

“Untuk vaksin Covid-19, kita putuskan dalam majlis fatwa dan juga fatwa-fatwa lama (pernah menyentuh) kalau berkenaan dengan suntikan vaksin, tiada masalah ia dibolehkan.

“Jika kita lihat sekarang, seluruh dunia membenarkan (suntikan vaksin pada bulan Ramadan) dan terbaharu kita menerima pandangan daripada Mufti Besar Arab Saudi (Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh) yang menyatakan keharusan untuk bervaksin sekalipun pada bulan Ramadan dan tidak membatalkan puasa,” katanya kepada pemberita di Kolej Uniti Port Dickson, di sini pada Selasa.

Justeru, beliau berkata, dengan pandangan Mufti Besar Arab Saudi itu, ia selaras dengan pandangan ahli fatwa di negara ini.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bertemakan ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Februari lepas dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin itu.

Terdahulu, Zulkifli menyempurnakan majlis penyerahan komputer riba kepada 40 pelajar asnaf di kolej tersebut menerusi zakat Tabung Haji (TH) Travel.

Beliau yang merupakan bekas pensyarah di kolej itu turut memberikan kata-kata semangat kepada pelajar supaya terus cemerlang dalam bidang masing-masing dan berbakti kepada negara. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here