Home Koronavirus PKPD di Rumah Sewa Anong, Beverly Hills tamat hari ini

PKPD di Rumah Sewa Anong, Beverly Hills tamat hari ini

0
PKPD di Rumah Sewa Anong, Beverly Hills tamat hari ini

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills di Bintulu, Sarawak ditamatkan hari ini, dua hari lebih awal daripada tarikh asal yang dijadualkan.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan PKPD di lokaliti itu yang sepatutnya tamat pada 18 Mac, dilanjutkan selama seminggu sehingga 25 Mac.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko Covid-19, selain baki kes positif di lokaliti berkenaan menunjukkan trend penurunan dan kluster juga adalah terkawal dengan kes terakhir dilaporkan adalah pada 18 Mac lepas.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif 85 kes direkodkan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa.

Mengenai pasukan petugas operasi pematuhan, beliau berkata, 38 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam, dengan 30 daripadanya dikompaun manakala lapan direman. – Bernama

Kesalahan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan mencatat jumlah kes tertinggi melibatkan 17 individu, diikuti aktiviti rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (12), tidak memakai pelitup muka (tujuh) dan masing-masing satu kes bagi premis beroperasi lebih masa dan tiada penjarakan fizikal.

Menerusi Operasi Benteng semalam, Ismail Sabri berkata, 27 pendatang tanpa izin ditahan dan 11 kenderaan darat dirampas manakala 117 bot dikesan di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan.

Mengenai kuarantin wajib, beliau berkata, 568 individu tiba di pintu masuk antarabangsa semalam dan kesemua mereka dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara dan secara kumulatif seramai 151,300 individu telah pulang sejak 24 Julai 2020.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 6,972 individu telah dikuarantin dan 151,989 orang dibenarkan pulang manakala 1,115 lagi dibawa ke hospital. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here