Home Koronavirus Status vaksinasi bertukar tidak lengkap, bukan dihilangkan: KKM

Status vaksinasi bertukar tidak lengkap, bukan dihilangkan: KKM

Status vaksinasi bertukar tidak lengkap, bukan dihilangkan: KKM

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa status digital vaksinasi hanya akan bertukar tidak lengkap dan bukan dihilangkan daripada aplikasi MySejahtera bagi penerima vaksin primer Sinovac yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak.

Sehubungan itu, KKM memaklumkan, mesej yang tular di media sosial baru-baru ini adalah palsu.

“Untuk makluman, status vaksinasi Covid-19 kepada semua penerima vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas dan penerima semua jenis vaksin dos primer berusia 60 tahun ke atas yang masih belum mendapatkan dos penggalak hanya akan bertukar menjadi tidak lengkap.

“Ia bukan dihilangkan seperti yang dinyatakan dalam mesej tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada 24 Mac, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, lebih dua juta penerima vaksin Sinovac bakal kehilangan status vaksinasi lengkap menjelang 1 April ini kerana masih belum menerima dos penggalak setelah layak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here