Home Koronavirus Covid-19: 54 kes kematian baharu pada Isnin

Covid-19: 54 kes kematian baharu pada Isnin

Covid-19: 54 kes kematian baharu pada Isnin

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 54 kematian baharu akibat Covid-19 pada Isnin.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 kes adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 34,842.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,348 kes.

KKM turut merekodkan 13,336 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,117,768.

Daripada jumlah itu, 214,723 individu atau 97.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 873 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 4,988 kes dirawat di hospital dan 288 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 185 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here