Home Koronavirus Siasat 17 kes Omicron babit pengembara tiada rekod vaksinasi

Siasat 17 kes Omicron babit pengembara tiada rekod vaksinasi

0
Siasat 17 kes Omicron babit pengembara tiada rekod vaksinasi

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sejumlah 17 daripada 122 individu yang dijangkiti varian Omicron setakat 4 Januari lepas didapati tidak mempunyai rekod vaksinasi Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sedang menyiasat rekod pengembara dari luar negara yang tidak mempunyai sejarah vaksinasi sama ada mereka memiliki masalah kesihatan atau sebab lain.

Beliau berkata, 10 daripadanya membabitkan warganegara manakala tujuh lagi bukan warganegara.

“Negara import kes Omicron tanpa rekod vaksinasi ini ialah dari United Kingdom dengan empat kes, Nigeria (empat), Emiriah Arab Bersatu (empat) dan masing-masing satu kes dari Amerika Syarikat, Australia, Ghana, Ireland serta Arab Saudi,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurut Khairy, siasatan awal KKM mendapati 122 kes positif Omicron selepas masuk ke Malaysia dengan 14 peratus atau 17 kes tiada vaksinasi.

“Di sini, wujud isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana hanya mereka yang divaksin sepatutnya dibenarkan melakukan perjalanan,” katanya. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here