Home Koronavirus 19 kematian baharu direkod akibat jangkitan Covid-19

19 kematian baharu direkod akibat jangkitan Covid-19

0
19 kematian baharu direkod akibat jangkitan Covid-19

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,628 orang, daripada 2.76 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidDNow, empat daripada 19 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,779 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 32,773 individu atau 82.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,259 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,494 kes dirawat di hospital dan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 123 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 130 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here