Home Koronavirus Sasar 1,600 dos vaksin di Dewan Serbaguna MBSJ

Sasar 1,600 dos vaksin di Dewan Serbaguna MBSJ

Sasar 1,600 dos vaksin di Dewan Serbaguna MBSJ

SHAH ALAM – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Puchong Indah yang secara rasmi dibuka pada Isnin menyasarkan kapasiti suntikan 1,600 dos vaksin Covid-19 sehari.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata, PPV itu memberi fokus kepada golongan komuniti berumur 18 tahun hingga 59 tahun yang memperoleh tarikh janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Justeru katanya, pemberian vaksin secara ‘walk in’ tidak dibenarkan di PPV itu kecuali bagi warga emas yang berumur lebih 60 tahun.

“Pengoperasian PPV ini dibantu seramai 100 anggota sukarelawan bukan petugas kesihatan yang telah dilantik oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Azfarizal memberitahu, pembukaan PPV yang beroperasi pada jam 9 pagi hingga 9 malam itu menjadi pemangkin kepada inisiatif kerajaan bagi mempercepatkan pemberian vaksinasi secara terus kepada lokaliti melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di kawasan Puchong.

“MBSJ berharap pembukaan PPV dapat membantu meningkatkan jumlah pemberian vaksinasi kepada orang ramai sekali gus membantu mendatarkan graf jangkitan Covid-19 di Selangor,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here