Home Koronavirus Sabah wajibkan ujian Covid-19 untuk pengembara dari China

Sabah wajibkan ujian Covid-19 untuk pengembara dari China

0
Sabah wajibkan ujian Covid-19 untuk pengembara dari China

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu – Foto 123RF

KOTA KINABALU – Semua pengembara dari China yang ingin masuk ke Sabah wajib menunjukkan keputusan negatif Covid-19, berkuat kuasa Ahad ini (1 Januari), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah itu berkata, semua pengunjung dari China perlu mempunyai keputusan negatif dalam ujian sebelum berlepas (Predeparture Test) dalam tempoh 48 jam sebelum dibenarkan masuk ke negeri itu.

“Keputusan ini telah dibuat kerajaan Sabah,” katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 15 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini iaitu bertambah enam kes direkodkan daripada 1,228 sampel ujian berbanding 1,251 ujian semalam. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here